Tuesday, February 14, 2012

KENAPA UMNO-BN BENCI BUKU JINGGA?!

Kejadian seorang Timbalan Menteri membuang Buku Jingga, iaitu dokumen polisi Pakatan Rakyat ke dalam Tong Sampah pasti akan mendapat perhatian semua pihak. Pasti Utusan Malaysia dan lain-lain media propaganda akan memuji dan sanjung tinggi perbuatan Timbalan Menteri d Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan itu.

BUKU JINGGA
DOKUMEN POLISI PAKATAN RAKYAT

Apakah sebenarnya yang terkandung dalam Buku Jingga ini sehingga pemimpin-pemimpin BN, khasnya UMNO sangat gerun dengan buku itu? Kenapakah pemimpin-pemimpin UMNO-BN ini membenci Buku Jingga ini? Tujuan rencana ini dilakar adalah untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan sekalian tentang kandungan Buku Jingga ini!

Buku Jingga adalah bukan Manifesto Pilihanraya Pakatan Rakyat semata-mata, tetapi adalah sebuah dokumen polisi yang akan memakmurkan negara Malaysia dan rakyatnya, yang sudah sekian lama tersepit dengan UMNO-BN. Dalam 54 tahun UMNO-BN menguasai negara ini, rakyat Malaysia yang biasa seperti anda dan saya tidaklah sebegitu kaya atau makmur kalau dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni mereka.

Skandal demi Skandal, Menghancurkan Kewangan Negara

Ekonomi negara kita telah dirompak secara terang-terangan oleh golongan ini. Lihat kepada contoh terbaru, skandal NFC! Suami Menteri Kabinet diberi kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dan pinjaman dengan kadar faedah 2% setahun untuk menjalankan perniagaan membela lembu. Kalau ingin memberi contoh, rencana ini tidak akan berakhir dengan pendek. Buku Jingga adalah salah satu dokumen polisi yang akan mengembalikan suara rakyat, kuasa rakyat dan kekayaan negara kembali kepada rakyat Malaysia.

Tanpa bercakap panjang lebar tentang proses pengembalian kuasa sebenar kepada rakyat, saya terus kepada aspek yang paling utama dalam Buku Jingga ini, iaitu program 100 hari Buku Jingga, iaitu proses permulaan reformasi yang akan dilaksanakan dalam 100 hari pertama Pakatan Rakyat mandat rakyat majoriti di Parlimen Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan dalam Pilihanraya Umum yang ke13. Berikut adalah 10 aspek penting yang akan dilaksanakan dalam 100 hari Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan :-


1. Mereformasi Institusi Awam - SPR, MACC, AGC & PDRM
Mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran awam.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Walaupun Kerajaan BN telah mengumumkan bahawa Akta ini akan dimanshukan, namun Akta ini masih wujud dan digunapakai. Baru-baru ini ada orang telah ditahan di bawah Akta ISA dan kesemua tahanan ISA masih dikurung dalam Kem Tahanan Kamunting.

3. Menghapuskan Tol
Mengarahkan Khazanah Nasional, KWSP dan lain-lain badan kerajaan (GLC) yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan pengambil alihan aset lebuhraya untuk tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak Sistem Subsidi Negara
Mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperto subsidi gas kepada penjana kuasa bebas (IPP) sebanyak 19 Billion) dan memindahkanya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Menaikkan Imbuhan Perguruan Sebanyak RM500
Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.


6. Menjadikan Air Sebagai Hak Rakyat
Mengembalikan semua konsesi air yang diuruskan oleh swasta kepada Kerajaan.

7. WiFi Percuma Kepada Seluruh Rakyat di Bandar dan Separa Bandar
Menyediakan perkhidmatan WiFi Percuma kepada semua penduduk di kawasan Bandar dan Separa Bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations
Membuka ladang-ladang yang kini diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan Royalti Minyak Kepada 20%
Menaikkan Royalti Minyak Kepada Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu sebanyak 20%.

10. Suruhanjaya Diraja (RCI) Untuk Menyelesaikan Kemelut PATI
Menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyelesaikan kemelut Pendatang Tanpa Izin dan Kerakyatan di Negeri Sabah.

Muat Turun Buku Jingga Di Sini

Timbalan Menteri di JPM Dato Ahmad Maslan (Ketua Penerangan UMNO)membuang Buku Jingga ke dalam Tong Sampah

Demikianlah, 10 Janji Pakatan Rakyat yang akan ditunaikan dalam 100 hari mengambil alih pucuk pimpinan daripada UMNO-BN yang telah menghancurkan segala sistem pentadbiran dan kewangan Malaysia, dengan korupsinya. Kalau anda mendalami Buku Jingga secara rapi, anda akan mendapati Polisi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ini pasti akan membawa Malaysia ke satu jalan yang betul. Yang penting sekarang ialah, sokongan rakyat kepada cadangan Pakatan Rakyat itu. UMNO-BN takut bahawa rakyat akan sokong rangka polisi Pakatan Rakyat, iaitu Buku Jingga dan akan menolak rejim UMNO-BN selama-lamanya. Sebab itulah, para pemimpin UMNO-BN sudah mula panik dan menghentam Pakatan Rakyat dan Buku Jingga sekuat yang mereka boleh, supaya maklumat dalam Buku Jingga itu tidak sampai kepada rakyat jelata.

Media Arus Perdana, yang sememangnya menjadi media propaganda UMNO-BN tanpa segan silu, terus menjadi alat rejim untuk memberikan maklumat-maklumat bersifat fitnah dan serangan peribadi sensasi (terutamanya yang melibatkan seks) terhadap para pemimpin PR, supaya rakyat tidak dapat mendalami Buku Jingga dan menilai sendiri polisi Pakatan Rakyat. Kalau dilihat rapi, sesetengah yang terkandung dalam Buku Jingga sudahpun mula dilaksanakan di negeri-negeri pimpinan PR, seperti Pulau Pinang dan Selangor. Malah yang tidak disebut pun dilaksanakan, iaitu seperti Program Warga Emas, Pelajar Emas, Anak Emas di Pulau Pinang, Khairat Kematian di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dan sebagainya. Pulau Pinang sudahpun memperluaskan projek WiFi Percumanya ke seluruh negeri.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Terus Makmur

Kecekapan para pemimpin Pakatan Rakyat dalam menguruskan negeri-negeri di bawah pentadbiranya jelas menunjukkan satu hala tuju yang positif, dan telah menerima sokongan padu oleh rakyat jelata di negeri-negeri berkenaan. Perkara ini sememangnya tidak menggembirakan UMNO-BN, dan mereka cuba sedaya upaya untuk membendung populariti positif yang diterima oleh kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Satu perang informasi sudahpun dilancarkan terhadap Pakatan Rakyat oleh UMNO-BN untuk menumpulkan penyampaian informasi Pakatan Rakyat kepada rakyat jelata. Namun, media alternatif seperti portal internet, laman blog dan media sosial seperti Twitter dan Facebook membantu rakyat untuk mendapatkan informasi tepat dan benar. Jadi mereka yang membaca rencana ini, silalah kongsi bersama rakan-rakan supaya kita dapat selamatkan Malaysia dan Rakyat Malaysia dari durjana Rejim UMNO-BN!!

UBAH SEKARANG, BERSIHKAN MALAYSIA!!

No comments:

Post a Comment