Friday, July 8, 2011

Amanat 9 July - 9 ஜூலை செய்தி


9 July 2011 - Satu hari yang bakal menjadi catatan dalam sejarah.
Perhimpunan Bersih yang menuntut sistem Pilihanraya Bersih di Malaysia akan diadakan. Kalau kita mengikut secara rapi segala perkembangan dalam isu Bersih ini, sejak sebulan yang lalu, kita dapat melihat bagaimana tertekanya Kerajaan untuk mengekang pergerakan Bersih ini. Dilihat cara kerajaan menangani isu ini, makin meningkatkan lagi kesangsian kebanyakkan orang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya. Yang nyata, Kerajaan pimpinan Najib Razak tidak mahu perhimpunan ini diteruskan, kerana takut kebangkitan rakyat, yang inginkan Pilihanraya yang telus dan bersih.

Pada mulanya, Kerajaan tidak melibatkan diri secara terus dalam mengekang atau menakutkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan ini. PERKASA digunakan untuk menakut-nakutkan peserta perhimpunan ini. Perkasa dikatakan ingin mengadakan perhimpunan pada hari yang sama untuk mendatangkan keadaan kucar-kacir. Selepas itu Pemuda UMNO pun ingin mengadakan perhimpunan pada hari yang sama.

Apabila, penganjur BERSIH tidak gentar dengan segala ancaman yang di "outsource" ini, Kerajaan mula menggunakan Polis untuk mengancam para penyokong Bersih. Baju Kuning diharamkan, yang memakai Baju kuning ditahan. Segala ancaman ini adalah untuk melunturkan semangat para peserta perhimpunan Bersih. Ada juga Polis menjumpa Parang dan Molotov Cocktail dan terus menuduh Pihak Bersih.

Apabila Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, menitahkan supaya Demonstrasi di jalanraya dikaji balik, kerana mungkin datangkan keburukan walaupun "niatnya baik". Baginda tidak langusung menyebut BERSIH sebagai Organisasi HARAM!! Pihak BERSIH, yang telah diharamkan oleh Kerajaan meminta supaya dapat menghadap Tuanku, Tuanku berkenan untuk berjumpa mereka dan selepas itu pihak Bersih pun bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan d Stadium. Selepas itu, kerajaan pula enggan memberikan Stadium Merdeka yang diminta oleh Bersih. Terkini, Najib telah meminta kumpulan silat yang dahulunya mengancam BERSIH untuk menjadi 3rd line of nation defence and protect the country! Ini serius.

Najib pula akan terbang ke London, dan tidak akan berada di Malaysia semasa Perhimpunan Bersih. Ini mendatangkan pelbagai kesangsian. Kemungkinan besar UMNO akan cuba untuk membuat sesuatu pada 7hb Julai ini, supaya "mengajar" pihak BERSIH yang ingin mengeluarkan mereka mengikut pilihanraya Bersih.

Kemungkinan besar, Gangster dan SB Polis akan digunakan untuk membuat kekacauan pada hari tersebut. Walaupun segala ini mungkin, namun saya tetap akan menyertai BERSIH, kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk kita menyelamatkan negara kita daripada ketidakadilan dan kerakusan.

Biar darah ku tumpah di tanah ini, masih ku akan mempertahankan negaraku yang tercinta ini.

Mungkin saya tidak akan berada dengan anda selepas 9 July 2011. Ingin saya mencatatkan apa yang akan bakal ku cakap jika ada bersama anda pada hari tersebut.

"Masa depan anak-anak kita di negara inilah. Cukuplah kita berfikir untuk kita, sila fikirkan demi anak-anak anda. Kalau kerakusan BN berterusan, mungkin satu hari nanti negara yang bernama Malaysia ini akan terus hancur! Ajarlah Kuasa Fasis UMNO! Jangan sesekali menerima pengkhianat Bangsa (MCA-MIC)!! Undi untuk Perubahan, Selamatkan Malaysia!! Malaysia Tanahair kita, Harus kita mempertahankanya dari kerakusan UMNO-BN!!"

Take Care Dear Friends and Wellwishers, My Prayers always will be with you all!!

தமிழில்

9 ஜூலை 2011 - மலேசிய வரலாற்றில் மிக முக்கியமான நாள். நேர்மையான தேர்தல் கோரி மலேசியர்கள், கோலாலம்பூரின் சுதந்திர சதுக்கத்தில் கூடப்போகின்றனர். கடந்த ஒரு மாதமாக இந்த பேரணியை தடுக்க எப்படியெல்லாம் அரசாங்கம் முயல்கிறது என்று நாம் கண்டோம். பெர்காசா, அம்னோ இளைஞர் பிரிவு என்று முதலில் மிரட்டிய அரசாங்கம், பிறகு போலிசாரை வைத்து பெர்சேவை ஒடுக்க முயன்றது. மஞ்சள் சட்டை போட்டால் கைது, மஞ்சள் சட்டைக்கு தடை என்று, இறுதியாக பெர்சே அமைப்பே சட்டவிரோத அமைப்பு என்று அறிவித்தது.

9 ஜூலை அன்று ஒரு கலவரம் உண்டாகலாம் என்ற தோற்றம் மிகத்தெளிவாக தெரிகிறது. கலவர பயத்தால் மலேசியர்களை ஒடுக்க நினைக்கிறது அம்னோ. இருப்பினும், நமது இந்த நாட்டிற்காக நாம் ஒன்றிணைவோம். வாழ்வதும், சாவதும் ஒரு முறைதான். போகும் உயிர் எப்பொழுதும் போகலாம். அது அர்த்தத்தோடு போக வேண்டும்.

எனது நாட்டிற்காக நான் செல்கின்றேன், எது நடப்பினும் நடக்கட்டும், எல்லாம் நாட்டிற்கே.
9 ஜூலைக்கு பிறகு, நான் உங்களோடு இல்லாமல் இருக்கலாம். இருந்தால் என்ன சொல்வேனோ, அதை இப்பொழுதே சொல்லிவிடுகிறேன்.

"நமது பிள்ளைகளின் எதிர்காலம் இந்த நாட்டில்தான், உங்களுக்காக யோசித்தது போதும்; அவர்களுக்காக யோசியுங்கள்; இனியும் அராஜகம் தொடர்ந்தால், இந்த நாடே நாசமாகலாம்!! பாசிச அம்னோவிற்கு பாடம் கற்பியுங்கள்! இனத்துரோகிகளை ஏற்றுக்கொளாதீர்கள்!! மாற்றத்திற்கு வாக்களியுங்கள், நாட்டை காப்பாற்றுங்கள்! மலேசியாவே நமது நாடு, இறுதிவரை இத்தாய்மண்ணை தற்காப்போம்!!"

No comments:

Post a Comment