Di Malaysia, meminum arak adalah haram di sisi agama Islam dan seorang Muslim boleh dihukum oleh Mahkamah Syariah jika didapati bersalah atas tuduhan meminum arak. Jika larangan minum arak dilanjutkan terhadap orang-orang bukan Muslim di Malaysia, ia akan dianggap sebagai satu pencerobohan hak orang-orang bukan Islam di Malaysia. Kita tidak bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai satu negara theocratic yang undang-undangnya berasaskan kepercayaan sesuatu agama.
Oleh itu, kita tidak mahu menafikan hak mana-mana rakyat Malaysia untuk meminum arak. Kita hanya minta Kerajaan Malaysia untuk memperketatkan undang-undang, peraturan berkaitan arak supaya lebih rakyat Malaysia tidak terjebak ke dalam tabiat yang kurang sihat itu.
KENAPA KAMI MINTA ARAK MURAH DIHARAMKAN?
Di Malaysia, kini terdapat lebih 400 jenama arak di dalam pasaran, yang dikeluarkan oleh 46 syarikat pengeluar arak. Kebanyakkan daripada 400 jenama ini, adalah arak yang dijual pada harga yang murah daripada RM10. Terdapat arak yang dijual di kedai dengan harga RM2. Kita tidak boleh membeli sebungkus nasi kandar dengan RM2 di Malaysia, tetapi boleh beli satu botol arak, yang kandungan alkoholnya tidak kurang daripada 30%. Pembuatan arak-arak ini tidaklah seperti pembuatan arak yang mahal dan berkualiti dan boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Apabila sebotol arak yang kandungan araknya adalah 30% - 40% dijual untuk harga RM2 - RM10, seseorang penagih arak itu dapat membeli berapa botol pun yang dia mahu untuk kekal mabuk. Malah, dengan RM2, seorang budak sekolah pun boleh membelinya. Di manakah keawajaranya, apabila seorang rakyat tidak boleh membeli sebungkus nasi kandar untuk RM2, tetapi boleh beli arak yang kandungan alkoholnya sangat tinggi? Bukankah ini sesuatu yang di luar kebiasaan?
Masalah arak bukan sahaja menghantui golongan dewasa, malah kini telah menjadi masalah sosial yang utama di mana terdapat kes-kes di mana para pelajar sekolah menengah menagih kepada tabiat meminum arak ini. Sejak kami memulakan kempen #BanCheapLiquor ini, kami telah pun berjumpa ramai orang guru sekolah menengah, yang rata-ratanya setuju bahawa terdapat kes-kes melibatkan pelajar meminum arak di sekolah. Lagi menyedihkan, bukan pelajar lelaki sahaja yang terjebak ke dalam tabiat yang tidak sihat itu, malah ada juga kes-kes di mana pelajar perermpuan yang telah ditangkap minum arak dalam sekolah. Kenapa ini berlaku? Kerana, kini terdapat pelbagai jenis arak yang berperisa buah-buahan yang dujual untuk RM5 sahaja. Bolehkah pelajar berkenaan membeli dan meminum arak itu jika harganya mahal? Kenapa harga arak tidak dikawal oleh Kerajaan, seperti yang dibuat untuk mengawal harga rokok?
ARAK MURAH BERPERISA BUAHAN PILIHAN REMAJA SEKOLAH
Kenapa Tiada Peraturan Lesen Arak Yang Ketat?
Tahukah anda, di Malaysia satu kedai runcit yang menjual barangan runcit boleh memohon untuk lesen arak dan diluluskan tanpa sebarang halangan? Di Malaysia, kita tidak mempunyai satu peraturan yang jelas untuk penjualan arak, di mana Kedai Runcit pun boleh memohon lesen arak dan boleh mendapatnya tanpa bantahan daripada Jabatan Kastam dan Eksais. Tidak hairanlah jika kedai yang kita membeli barangan runcit, menjual arak secara terbuka seperti arak pun satu barangan kegunaan harian kita. Kedai-kedai runcit ini sanggup menjual arak, kerana harga arak yang dijual adalah murah dan mereka mendapat keuntungan yang lebih dengan penjualan arak murah ini. Jika anda hantar anak anda ke kedai untuk membeli satu barang runcit, dan jangan terkejut jika dia kembali dengan satu botol arak yang berperisa buah, yang dibeli dengan duit bakinya, kerana ia memang tidak mustahil.
Masalah Sosial
Selalunya, peminum arak ini tidak sahaja mendatangkan masalah kesihatan kepada dirinya, malah juga menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial yang lain seperti keganasan domestik, masalah ibu tunggal, masalah keluarga terpinggir dan sebagainya.
Apabila seorang ketua keluarga menjadi peminum tegar, dia bukan sahaja tidak mengendahkan kesihatan dirinya malah kebajikan keluarganya juga. Ada peminum tegar yang meminum 5 ke 6 botol arak murah dalam sehari, kerana dia hanya membelanjakan RM12, jika dia beli 6 botol sekalipun. Apabila seorang itu meminum 6 botol arak sehari, berapa lamakah dia dapat meneruskan hidup? Selepas dia terlantar sakit, atau meninggal dunia, apakah nasib keluarganya? Menurut satu survey oleh Wanita MIC, terdapat 100 ribu orang Ibu Tunggal di Malaysia, akibat daripada masalah arak ini. Jika ada kawalan harga untuk arak di Malaysia, perkara ini tidak akan menjadi seserius ini.
Selain daripada suami yang menjadi kaki botol, yang terlantar sakit dan meninggal dunia, ada juga suami-suami yang mendera isteri dan anak-anak selepas meminum arak setiap hari. Kebanyakkan masalah keganasan rumahtangga berpunca daripada masalah penagihan arak ini. Adakah seseorang itu dapat meminum arak setiap hari, jika harga arak mahal? Jawapan yang paling ketara adalah, tidak. Kerana, dia tidak dapat membeli botol arak yang baru setiap hari. Masalahnya sekarang adalah, harga arak sangat murah dan mudah didapati di mana-mana sahaja.
Ini adalah antara sebab, kenapa kami minta kerajaan MENGHARAMKAN ARAK MURAH! Apabila kami berkata HARAMKAN ARAK MURAH, kami bukanya mempromosi arak mahal, tetapi kami menekankan kepada KAWALAN HARGA ARAK, kerana tiadanya satu kawalan harga telah menyebabkan kebanjiran pelbagai jenis arak murah ini di pasaran, lalu menjadi punca pelbagai masalah sosial di negara kita.
Kepada mereka yang tidak faham apa tuntutan kempen Anti-Arak Murah kami, berikut adalah 7 tuntutan pergerakan kami kepada Kerajaan Malaysia :-
1. PENJUALAN SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) DI BAWAH ISI
KANDUNGAN 750ml PATUT DIHARAMKAN;
2.
HARGA MINIMA BAGI PENJUALAN SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR)
HARUS DITETAPKAN PADA RM 30;
3.
KERAJAAN HARUS MENUBUHKAN PUSAT-PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN
ARAK DI SELURUH NEGARA, SEKURANG-KURANG SATU (1) PUSAT PEMULIHAN DI SETIAP
NEGERI;
4. SYARAT-SYARAT LESEN
ARAK DI BAWAH AKTA EKSAIS 1976, HARUS DIPINDA BAGI MENETAPKAN PENJUALAN RUNCIT
SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) HARUS BERMULA TIDAK AWAL DARIPADA PUKUL 10 PAGI
DAN HARUS DIHENTI TIDAK LEWAT DARIPADA PUKUL 8 MALAM;
5. AMARAN BERGAMBAR KEMUDARATAN KESIHATAN AKIBAT PENGAMBILAN
ARAK HARUS DIPAPARKAN PADA SETIAP BOTOL ARAK;
6. SATU AKTA BARU UNTUK MENGAWAL PENGAMBILAN ARAK DI TEMPAT AWAM
HARUS DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN PIHAK POLIS HARUS MENGUATKUASAKAN
UNDANG-UNDANG BERKENAAN;
7. PBT DI SELURUH NEGARA HARUS DIBERI KUASA SETARAF DENGAN
JABATAN KASTAM UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP KESALAHAN BERKAITAN PENJUALAN
RUNCIT SEMUA JENIS ARAK (KECUALI BIR) MENURUT AKTA EKSAIS 1976.
Kami menjalankan kempen kami untuk melawan tabiat arak murah, bukan untuk meraih publisiti murahan, tetapi mempunyai satu motif untuk masyarakat. Yang tidak faham motif dan objektif kami, sila menghubungi kami, kami akan menerangkanya. Jangan tanya soalan "WHY CHEAP LIQUOR? NOT EXPENSIVE ONES?" sebelum mendalami 7 tuntutan kami dan sebab-sebab kami menuntutnya.
Jangan jadi katak tempurung, dan menyalahkan kami kerana anda tidak faham!
A very good initiative...hats off....I have long time thinking about this as one of my brother addicted to cheap liquor and it change his behaviour to be violence. Its good to ban all cheap liquors.
ReplyDeleteA very good initiative...hats off....I have long time thinking about this as one of my brother addicted to cheap liquor and it change his behaviour to be violence. Its good to ban all cheap liquors.
ReplyDelete