Wednesday, July 11, 2012

PENCAPAIAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG (DARI PERSPEKTIF MASYARAKAT INDIA) Bahagian I

Bahagian I


Pengiktirafan Dari Segi Politik


08 March 2008
Semasa Barisan Nasional memerintah negeri Pulau Pinang, hanya terdapat dua orang ADUN yang berketurunan India mewakili masyarakat India di Pulau Pinang. Sebelum tahun 2004, hanya seorang India sahaja menjadi ADUN di Pulau Pinang, iaitu di KADUN Perai. Pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008, Barisan Nasional hanya mencalonkan dua orang calon yang berketurunan India dari parti MIC, masing-masing di Kadun Perai dan Kadun Bagan Dalam. Walaupun selalu mendakwa dirinya sebagai parti pelbagai kaum, namun Parti Gerakan tidak sedia untuk memberikan peluang kepada seorang pun calon berketurunan India untuk bertanding pada Pilihanraya tersebut.

REALITI POLITIK PRU KE12

Berbeza daripada Barisan Nasional, Pakatan Rakyat telah memberikan peluang kepada calon berketurunan India untuk bertanding di 7 kawasan (2 Parlimen & 5 DUN) Pulau Pinang pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008 tersebut. DAP telah meletakkan 4 orang calon berketurunan India untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri. DAP telah meletakkan calon-calon India masing-masing di Perai, Bagan Dalam, Dato Keramat dan Seri Delima. DAP juga telah meletakkan dua orang calon berketurunan India untuk bertanding di kawasan Parlimen, masing-masing di Bukit Gelugor dan Batu Kawan. Manakala PKR pula meletakkan calon berketurunan India untuk bertanding di KADUN Batu Uban. Pada PRU ke-12 itu, Pakatan Rakyat telah mengkitiraf kepentingan politik masyarakat India di Pulau Pinang. Berbeza dengan PR, Barisan Nasional dalam pemerintahanya hanya memandang rendah masyarakat India.

5 ADUN & 2 Ahli Parlimen
Kesemua calon PR yang berketurunan India telah menang dalam pilihanraya umum tersebut, dan mencatat sejarah, kerana buat kali pertama dalam sejarah Pulau Pinang, 5 orang ADUN telah dipilih untuk mewakili para pengundi mereka dan juga masyarakat India di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Tambahan dengan itu, YB Karpal Singh dan Prof Ramasamy telah masing-masing menang di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dan Batu Kawan, menjadi wakil masyarakat India Pulau Pinang di Parlimen Malaysia.

Dengan itu, suara politik masyarakat India di Pulau Pinang telah menjadi lebih kukuh. Pengiktirafan politik tersebut adalah sesuatu yang ditagih oleh masyarakat India Pulau Pinang sekian lama. Pengiktirafan tersebut bukanya datang dari Barisan Nasional, tetapi datang dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mula mencatatkan pencapaian sebelum menang Pilihanraya lagi!!

(dari kiri) A.Tanasekaran, Jagdeep Singh, RSN Rayer, Prof Ramasamy & S. Raveenthiran

Timbalan Ketua Menteri
Buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, seorang yang berketurunan India-Tamil telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri pada pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Perlantikan Prof Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri datang sebagai kejutan gembira kepada masyarakat India Malaysia, kerana ia adalah kali pertama seorang yang berketurunan India diberi peluang untuk menjawat satu jawatan politik yang tertinggi di negara ini. Ini adalah satu lagi pengiktirafan yang ditagih oleh masyarakat India Malaysia sekian lama.

Perlantikkan Prof Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri bukanya berasaskan latarbelakang kaumnya semata-mata. Malah ia adalah berasaskan kecerdikkan dan keupayaan beliau sendiri untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri tersebut. Beliau dilihat sebagai calon yang paling tepat untuk menjawat jawatan tersebut, di mana ianya dipersetujui oleh pesaing politik beliau sendiri. Mantan Presiden MIC, Dato Seri Samy Vellu sendiri pernah mengalu-alukan perlantikan Prof Ramasamy sebagai Timbalan Ketua Menteri. Ini menunjukkan, di pemerintahan Pakatan Rakyat, orang India yang mempunyai kelayakan dan berkebolehan akan diberi peluang untuk bercemerlang, dan tidak akan didiskriminasi seperti yang dilakukan oleh rejim sebelumnya.

MPPP & MPSP


Ahli Majlis
Sebelum tahun 2008, di bawah pemerintahan Barisan Nasional hanya terdapat 4 orang Ahli Majlis berketurunan India, masing-masing 2 di MPSP dan MPPP. Selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di negeri Pulau Pinang 4 orang Ahli Majilis berketurunan India dilantik ke MPSP, dan 3 orang Ahli Majlis berketurunan India dilantik ke MPPP. Semasa pemerintahan Barisan Nasional, ahli-ahli Majlis berketurunan India ini hanya beroperasi sebagai boneka sesetengah pihak tanpa peranan yang penting. Tetapi, setelah Pakatan Rakyat mengambilh tampuk pemerintahan, para ahli majlis berketurunan India ini memainkan peranan yang penting dalam perancangan, pembangunan perbandaran dan operasi Majlis itu sendiri.

Pengerusi JKKK
Sebelum tahun 2008, hanya terdapat seorang saja Pengerusi JKKK berketurunan India di seluruh negeri Pulau Pinang (iaitu di Perai). Semasa pemerintahan BN, orang-orang India dipinggirkan sama sekali dalam tahap terbawah pentadbiran politik kerajaan negeri ini. Tetapi, setelah Tsunami Politik tahun 2008, di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, lebih daripada 10 orang yang berketurunan India telah diberi peluang untuk mengetuai Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Komuniti (JKKK) di seluruh negeri Pulau Pinang.


Kesimpulan
Masyarakat India di Pulau Pinang tidak pernah diiktiraf ataupun dihormati oleh rejim Barisan Nasional terdahulu. Tetapi, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja mengiktiraf kepentingan orang India dari segi politik sebelum Pilihanraya lagi, tetapi juga selepas membentuk kerajaan. Keikhlasan Pakatan Rakyat dalam mengiktiraf kepentingan politik orang India telah terbukti dalam pemerintahan Pakatan Rakyat selama 4 tahun di Pulau Pinang ini. 

- bersambung -

*p.s
Pertama sekali, ingin saya menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tahun 2008 di Pulau Pinang adalah kerajaan rakyat yang mencerminkan kepelbagaian kaum masyarakat Malaysia, tanpa mendiskriminasi sesiapa atas nama kaum, agama ataupun fahaman politik. Namun demikian, ada elemen-elemen di dalam Barisan Nasional yang sering menuduh kerajaan negeri bahawa telah meminggirkan sesuatu komuniti itu. Terbaharu, seorang pemimpin muda MIC yang bercita-cita untuk menjadi calon pada pilihanraya akan datang telah menuduh kerajaan negeri sedemikian. Rencana beberapa bahagian ini adalah untuk menjawab, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sebegitu. Saya harap, tidak ada pihak yang akan mengambilnya sebagai pendekatan perkauman semata-mata dan faham ini adalah salah satu cubaan untuk melawan tuduhan-tuduhan liar Barisan Nasional tersebut.

Dan anda tidak boleh berharap untuk membaca rencana sebegini yang menyerlahkan pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam "Buletin Negeri", kerana Buletin itu sendiri diterajui oleh elemen-elemen "neutral" dan hanya "Hero Media Sosial Yang Syiok Sendiri" akan diberi peluang untuk menulis apa-apa saja yang dikehendakinya di sana. 

No comments:

Post a Comment