Tuesday, April 16, 2013

PENGUMUMAN ZULKIFLI NORDIN SEBAGAI CALON BN MEMBUKTIKAN BARISAN NASIONAL – NAJIB RAZAK TIDAK MENGHORMATI MASYARAKAT INDIA – HINDU DI MALAYSIA & KONSEP 1MALAYSIA HANYA RETORIK


Pengumuman Pengerusi Barisan Nasional, Datukseri Najib Tun Razak bahawa Pemimpin Perkasa Zulkifli Nordin sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Shah Alam membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak menghormati perasaan masyarakat India beragama Hindu di Malaysia, dan laungan 1Malaysia oleh pemimpin BN, khususnya oleh Datukseri Najib itu sendiri adalah retorik politik yang bertujuan memperbodohkan rakyat.

ZULKIFLI NORDIN - SEORANG EKSTREMIS

Baru-baru ini, satu klip video telah tersebar di laman-laman media social, yang memaparkan Zulkifli Nordin menghina Tuhan dan kepercayaan orang-orang Hindu di Malaysia. Walaupun, Zulkifli kemudianya telah memohon maaf dan memberitahu bahawa ucapanya itu dibuat 10 tahun dahulu, semasa beliau menanggotai PAS, saya telahpun membongkarkan bahawa Zulkifli Nordin tidak ikhlas dalam permohonan maafnya dan telah menipu, kerana Dewa Murugan yang dibina di luar Batu Caves yang disebut dalam ucapan Zulkifli Nordin hanya siap dibina pada tahun 2006, iaitu 7 tahun lalu dan bukanya 10 tahun.

Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas Zulkifli Nordin namun tiada tindakan telah diambil terhadapnya. Masyarakat Hindu di Malaysia, amat tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa yang enggan mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin itu. Walaubagaimanapun akhirnya UMNO-Barisan Nasional telah menunjukkan wajah ekstrim sebenarnya dengan mencalonkan ekstremis ini di Parlimen Shah Alam. Pencalonan Zulkifli Nordin membuktikan Laungan 1Malaysia oleh Najib dan para pemimpin BN adalah retorik kosong untuk mengaburkan mata rakyat sahaja.

DAPSY Pulau Pinang mengecam tindakan Barisan Nasional yang melindungi ekstremis bernama Zulkifli Nordin ini dan menawarkanya untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional di PRU13 ini. Saya juga tertanya-tanya apakah tindakan selanjut MIC dan parti-parti India seperti Makkal Sakthi & IPF yang menyokong BN dan kononya memperjuangkan hak orang-orang India di Malaysia? Adakah mereka akan berkempen menyokong Zulkifli Nordin sebagai calon BN secara terbuka atau secara senyap?

Yang nyata, masyarakat India akan menolak Barisan Nasional pada PRU 13 5hb Mei ini, kerana bukan sahaja Barisan Nasional sering menghina masyarakat Hindu, malah masih tidak sedar kesilapan mereka. DAPSY Pulau Pinang akan membawa isu ini kepada rakyat jelata dan akan pastikan BN ditumbangkan di Putrajaya.

“Malaysian Malaysia”

SATEES MUNIANDY
Penolong Setiausaha DAPSY Pulau Pinang

Tuesday, April 2, 2013

கேலாங் பாத்தா பிரகடனம் – மலேசிய இந்திய சமுதாயத்தை ஆற்றல் மிக்க சமுதாயமாக்கும் வியூகங்களும்; தூரநோக்கு திட்டங்களும்


\

1.   நாடற்ற மலேசிய இந்தியர்களின் குடியுரிமைப் பிரச்சனையை, மத்தியில் மக்கள் கூட்டணி ஆட்சியமைத்த 100 நாட்களுக்குள் தீர்வு காண்பது


2. தேசிய நீரோட்டத்தில் ஒதுக்கப்பட்ட மக்கள், குறிப்பாக இடம்பெயர்ந்த தோட்ட பாட்டாளிகளுக்கு தேசிய வீடமைப்பு வாரியம் அமைத்து, வாழ்வதற்கு உகந்த வீடமைப்புத் திட்டங்களை செயற்படுத்துதல்.

3. நாட்டிலுள்ள அனைத்து தமிழ்ப்பள்ளிகளும் முழு உதவிப்பெற்ற தமிழ்ப்பள்ளிகளாக மாற்றப்படும் அதேவேளையில் தேசிய பள்ளிகளுக்கு ஈடான கட்டமைப்புகளை தமிழ்ப்பள்ளிகளும் கொண்டிருப்பதை உறுதி செய்தல்

4. பள்ளி படிப்பை முடிக்காத, குறைந்த வருமானம் பெறும் இந்திய குடும்பங்களைச் சேர்ந்த இளையோருக்கு சிறப்பான கல்வி மற்றும் தொழில் வாய்ப்புகளை ஏற்படுத்தும் வண்ணம் தொழில்திறன் பயிற்சி திட்டங்கள் அறிமுகம் செய்தல்

5.  இந்தியர்களுக்கு அதிக வேலை வாய்ப்புகளை எற்படுத்தித் தருவதோடு, குறைந்தபட்ச ஊதியமாக 1100 ரிங்கிட்டை நிர்ணயிப்பதன் வழி குறைந்த வருமானம் பெறும் இந்தியர்களின் நிலையை உயர்த்துதல்

6.   பொதுச்சேவைத்துறை, நகராண்மைக் கழகங்கள், அரசுசார் நிறுவனங்களில் இந்தியர்களின் எண்ணிக்கையை அதிகரித்தல்

7. இந்து ஆலயங்கள், இடுகாடுகள் அமைந்திருக்கும் நிலங்களை, அவர்களுக்கே ஒதுக்குதல். அப்படி மாற்றப்பட வேண்டிய சூழ்நிலை ஏற்படுகையில் முறையான நிலத்தை அடையாளம் கண்டு ஒதுக்குதல்.

8.  சிறுதொழிலில் ஈடுபடும் இந்தியர்களுக்கு, குறிப்பாக இந்திய பெண்கள், இளையோர் மற்றும் வீட்டிலிருந்து செயல்படும் சிறுதொழில் முனைவர்களுக்கு சிறப்பு சிறுதொழில் கடனுதவி திட்டம் மற்றும் நிதியுதவி திட்டங்களை அறிமுகம் செய்தல்.

9. சுதந்திரமான காவல் துறை புகார் ஆணையம் ஒன்றை அமைப்பது; போலீஸ் காவலில் மரணங்களுக்கு ஒரு முடிவைக் காணுதல்

10. இந்தியர்களின் சொத்துடமையை அதிகரிக்க ஒரு சிறப்பு நிதியத்தை அமைத்தல்

11. நகரங்களில் வாழும் இந்தியர்களின் வறுமை நிலை மற்றும் சமூகப் பிரச்சனைகளை ஆய்வுக்குட்படுத்தி கையாள சிறப்பு ஆணையம் ஒன்றை அமைத்தல்

12. தனித்து வாழும் தாய்மார்களின், பொருளாதார நிலை, குறிப்பாக வீட்டுடமைத் திட்டத்துக்கு முக்கியத்துவம் கொடுக்கும் கொள்கைகளை வகுத்தல்

13. தோட்ட பாட்டாளிகளின் பிள்ளைகள் மற்றும் குறைந்த வருமானம் பெறும் இந்திய குடும்பங்களைச் சேர்ந்த பிள்ளைகள் பயில தங்கும் வசதிக் கொண்ட பள்ளிகளை அமைத்தல்; தற்பொழுதுள்ள அவ்வாறான பள்ளிகளில் இந்திய மாணவர்களின் எண்ணிக்கையை அதிகரித்தல்

14. மக்கள் நலனுக்கெதிரான அனைத்து சட்டங்களையும் அகற்றுதல், அனைத்து விதமான பாகுபாடுகளைக் களைதல்.

31 மார்ச் 2013
கேலாங் பாத்தா

Tuesday, November 20, 2012

“PENJENAYAH PERANG” MAHINDA RAJAPAKSA TIDAK HARUS MENJEJAK KAKINYA DI MALAYSIA!!


Saya rasa amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa, seorang Penjenayah Perang akan melawat Malaysia, sebagai Tetamu Kehormat Kerajaan Malaysia untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia yang akan diadakan di Johor Bahru dari 4hb Disember sehingga 6hb Disember 2012. Penjenayah Perang yang dimaksudkan adalah, Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa.

PENJENAYAH PERANG - MAHINDA RAJAPAKSA

Presiden Sri Lanka ini merupakan karakter terpenting dalam perang yang mengorbankan lebih daripada 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009. Dokumentari “Sri Lanka Killing Fields” yang diterbit oleh Channel 4, UK telah membongkarkan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Sri Lanka terhadap orang awam berketurunan Tamil yang terperangkap di dalam zon perang di Utara-Timur Sri Lanka. Tentera Sri Lanka sengaja menyerang sasaran awam seperti kawasan Hospital dan kawasan perumahan dengan tujuan untuk membunuh seberapa banyak orang Tamil yang boleh. Tentera Sri Lanka telah menjalankan satu operasi penghapusan kaum – ethnic cleansing semasa penghujung perang di antara Pasukan Tentera dan LTTE pada tahun 2009 itu. Tentera Sri Lanka melakukan segala perbuatan yang kejam itu oleh kerana arahan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi mereka. Sebagai Komander Utama Tentera Sri Lanka, Mahinda Rajapaksalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kezaliman yang telah dilakukan ke atas orang-orang Tamil di Sri Lanka.

PULUHAN RIBU ORANG AWAM TELAH DIBUNUH DENGAN KEJAM

Kerajaan Sri Lanka pimpinan Mahinda Rajapaksa telah melanggar segala konvensyen berkaitan dengan hak asasi manusia sejagat dan telah menggunakan segala cara untuk menghapuskan orang-orang Tamil di Sri Lanka. Semasa penghujung perang di antara Tentera Sri Lanka dan LTTE, tentera Sri Lanka telah memerangkap sejumlah orang berketurunan Tamil di dalam “zon keselamatan tertinggi” yang sepatutnya menjadi zon tiada tembakan, dan telah membunuh mereka beramai-ramai dengan mengugurkan bom cluster yang telah diharamkan. Manakala, kerajaan Sri Lanka juga telah memberi tekanan kepada segala pihak ketiga seperti badan-badan bukan kerajaan termasuk ICRC – Persatuan Bulan Sabit Merah Sedunia untuk meninggalkan zon perang, tanpa memberikan apa-apa bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang. Malah, Agensi-agensi UN sendiri telah dipaksa meninggalkan zon perang. Para wartawan telah dihalau keluar, supaya tiada ada saksi untuk segala jenis jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan terhadap orang Tamil di zon perang itu. Maklumat ini disahkan oleh satu laporan dalaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah bocor baru-baru ini.  http://www.guardian.co.uk/world/2012/nov/14/report-damns-un-sri-lanka

Pada bulan Jun lepas, Presiden Sri Lanka ini disambut dengan tunjuk perasaan dan dia terpaksa membatalkan program ucapanya di London. Manakala beberapa kes telahpun difailkan ke atas Penjenayah Perang ini di mahkamah-mahkamah Amerika Syarikat dan United Kingdom. Mana-mana Negara yang mencintakan keamanan dan hormati hak asasi manusia tidak akan mengalu-alukan kedatangan Penjenayah Perang ini. Harus diingat kedatangan Penjenayah Perang ini ke Malaysia akan berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menandatangani Perjanjian Hak Asasi Asean di Cambodia dua hari yang lepas.

TIADA PERBEZAAN ANTARA MAHINDA RAJAPAKSA, BENJAMIN NETANYAHU & EHUD BARACK

Kerajaan Sri Lanka tiada bezanya dengan rejim Zionis di Israel. Kedua-dua rejim ini dengan angkuh membunuh puluhan ribu rakyat yang tidak berdosa untuk mencapai matlamat mereka. Tatkala, pengkhianatan kerajaan Malaysia terhadap suara orang-orang Tamil, pada Sidang Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada awal tahun ini masih lagi segar di ingatan orang-orang Tamil Malaysia, Kerajaan Barisan Nasional sudah bersedia untuk mengkhianati dan melukakan perasaan orang-orang Tamil di Malaysia dengan menjemput Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa ke Malaysia. Menjemput Mahinda Rajapaksa adalah sama seperti menjemput Benjamin Netanyahu ataupun Ehud Barack ke Malaysia. Kesemua mereka adalah pembunuh yang tidak berhati perut yang sanggup membunuh orang-orang yang tidak berdosa demi mencapai matlamat mereka.

Saya berharap kerajaan Malaysia yang menjadi Tuan Rumah bagi Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-8 yang akan diadakan di Johor Bahru, akan membatalkan hasratnya untuk menjemput Penjenayah Perang Mahinda Rajapaksa sebagai Tetamu Kehormat. Saya di sini ingin menegaskan bahawa saya dengan rakan-rakan seperjuangan, di bawah gabungan “Tamil Youth Action Force” akan menggerakan anak-anak muda di seluruh Malaysia, untuk berhimpun dan membantah kedatangan “Living Hitler” Mahinda Rajapaksa ke Malaysia. Perhimpunan berkenaan akan menjadi Pehimpunan terbesar yang melibatkan orang-orang Tamil di Malaysia, selepas Perhimpunan HINDRAF pada tahun 2007 lalu. Saya juga berharap, DAPSY, AMK, Dewan Pemuda PAS & SAMM akan menyokong usaha ini, kerana ini melibatkan isu kemanusiaan sejagat. Sekian, Terima Kasih.

Yang Bersaudara,

SATEES A/L MUNIANDY
Penolong Setiausaha
DAPSY Pulau Pinang

20 November 2012