Friday, February 24, 2012

UMNO-BN DIBENCI AHLI UMNO SENDIRI! ANGIN PERUBAHAN SEMAKIN HAMPIR!! (Bahagian I)


Petang tadi, semasa meminum teh tarik di salah satu kedai mamak terkenal di Butterworth dengan seorang rakan, telah terserempak dengan seorang mantan pemimpin UMNO Negeri Pulau Pinang, yang pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO di salah satu Bahagian di Pulau Pinang. Secara kebetulan, beliau adalah sahabat karib rakan saya. Sempatlah kami berbual-bual tentang Politik Negeri dan Nasional.

Pada permulaanya, saya pun agak rasa janggal sedikit, kerana membincangkan politik dengan seorang yang mempunyai perbezaan politik, bukan selalunya lancar. Kadangkala, keadaan boleh menjadi panas sehingga pertengkaran tercetus. Lagipun, bercakap politik semasa dengan seorang Mantan Ketua Bahagian UMNO, yang memang terkenal dengan pendirian tegas (keras) terhadap mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, memanglah bukan perkara yang mudah. Mungkin beliau tidak akan setuju dengan pendapat saya dan menangkis segala hujah sekeras-kerasnya, kerana sebahagian besar pemimpin UMNO yang saya kenal, memanglah begitu. Lagipun rakan saya pula memperkenalkan diri saya sebagai, "Orang Kuat (SOKONG) Pakatan" lagi.


Perbualan kami tentang politik bukanlah dimulakan oleh saya ataupun rakan saya, malah Mantan Ketua Bahagian itu sendiri yang memulakan perbualan kami. Ayat pertama beliau sendiri sudah memeranjatkan saya.

"Orang Pakatan?! Baguslah, Penang di bawah Pakatan memang elok pun apa! Tak adalah Lim Guan Eng beli Kondo untuk Lembu!"

Saya terperanjat, tetapi masih dapat ketawa. Beliau mengambil tempat di sebelah saya, dan menyambung perbualanya. "Dulu kami pun ditakutkan, masa Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri dulu, seolah-olah orang Melayu terancam teruk! But, honestly Malays are more recognized now, lebih daripada masa BN lagi!"

Saya angguk sahaja sambil senyum. "Kalau dulu, Melayu biasa dari Kampung boleh dapat berjumpa dengan Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri pada bila-bila masa? Lah ni, tiap-tiap minggu ada program yang CM atau dia punya Timbalan turun padang jumpa masyarakat. I rasa orang Melayu di Kampung lebih kenal Guan Eng daripada Koh Tsu Koon!" ujar beliau.


Saya sambung, "Ya lah Bang, dulu masa Koh Tsu Koon jadi Ketua Menteri, berapa di bagi untuk Hal Ehwal Orang Islam?...." Tak sempat saya menghabiskan ayat saya, pemimpin bahagian itu sambung, "Saya tahu, dulu dia bagi 12.8 Juta saja, tahun Pertama pemerintahan, Guan Eng bagi 20 Juta, Lah ni dia bagi 34 Juta." Saya memang hairan dengan kenyataan itu. Memang orang sudah sedar segala penipuan UMNO selama ini. Lagi-lagi pula ini pemimpin UMNO sendiri.

Kami pun sambunglah perbualan kami, "BN memang sudah luput tarikhnya. Kali ini orang yang nak pergi buang undi patut kekalkan tiga perkara di minda, Anwar Ibrahim (PKR), PAS dan DAP. Kenalah ubah sekarang. Kalau tak, habislah Malaysia lima tahun lagi, Poche, Onum Ille!" beliau ujar dalam bahasa Tamil."

"Abang masih aktif dalam UMNO?" tanya saya. "Saya masih Ahli lagi, tak tahulah bila diorang nak 39B (hukuman mati mandatori)! Tahu apa itu 39B? Buang dari Parti!" beliau jawab.

Saya : Kenapa nak buang?

MKB UMNO : Mestilah, saya tak nak kempen dengan diorang, Tak nak ambil bahagian dalam program diorang!


*MKB UMNO = Mantan Ketua Bahagian UMNO

Saya : Kenapa abang tak mahu kempen?

MKB UMNO : Kenapa nak kempen untuk perkara yang tak betul. Guan Eng buat lebih elok dari Koh Tsu Koon lagi. Saya orang UMNO Pulau Pinang, saya tahu macamana diorang operate. Siapa yang berfaedah masa kerajaan dulu? Bukan orang biasa, syarikat-syarikat besar, Dato-dato sahaja! Bukanya ahli Biasa UMNO!

Saya : Abang senang lenang saja (gelak) ?!

MKB UMNO : Mestilah senang; Ketua Bahagian tu, mana ada Ketua Bahagian UMNO yang tak senang!! (gelak) Tetapi, bila rakyat senang, kita tak boleh lah bantah. Itu perkara bodoh. Sekarang orang Penang senang, kenapa nak bantah, dan tipu lagi!

Saya : Saya tengok, Ku Li pun bantal Muhyiddin tadi di website?

MKB UMNO : Mana tak bantal? Hampir setengah daripada orang UMNO sendiri tak mahu dah kat Kerajaan. Bukanya orang biasa boleh senang. Kalau dia berani buang seorang lepas seorang, nanti UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan je.


Saya : Masalah dalaman UMNO kritikal macam itu?

MKB : Bukan masalah dalaman! Orang UMNO pun rakyat Malaysia juga. Bukanya semua menjadi kaya oleh UMNO. Rakyat sudah mula menilai. Anwar kata, bila menang, harga minyak turun! Bagilah dia dulu, kita tengok. Dia cakap tol Plus nak hapus, kita bagilah dia peluang. Kalau dalam lima tahun tak dibuat, lepas lima tahun kita halaulah dia (PR) balik ke rumah!

Saya : BN pun bukan main hebat Bang! Sekarang bagi RM500 kepada rakyat!

MKB UMNO : Ya, dia bagi! Kenapa dia bagi sekarang? Kenapa lepas Guan Eng mula bagi Seratus Ringgit (untuk Warga Emas), seribu ringgit kalau orang tua meninggal (wang pengurusan jenazah)?! Baru dia orang nak bagi! Pigidah..... Kalau macam itu, dulu masa duit berlambak kenapa BN tak bagi?!

Saya : Ini wang pilihanraya la Bang!

MKB UMNO : Memang pun! Sekarang, kalaupun ekonomi tak begitu baik dia boleh bagi sekarang! Dia ingat rakyat percaya dia. Itu duit kita, kita ambil, kita pangkah Pakatan la. Itu duit kita, bukan bapa diorang punya. Duit Petronas, Duit Cukai kita. Tak payah la terhutang budi pada dia untuk duit kita.

Saya : Kenapa abang tak mahu keluar UMNO saja lah! Boleh masuk PAS ke, PKR ke!

MKB UMNO : Saya tak mahu keluar sendiri. Saya kritik dari dalam. Kalau dia tak suka, dia boleh buang. Bukan saya benci Parti ke apa! Tapi, kebanyakkan pemimpin bermata duit! Tengok lah ni, Lembu pun sudah masuk kondo! (Ketawa)


Saya : Dia orang ingat dia orang ada kuasa, dia orang boleh buat apa saja bang!

MKB UMNO : Rakyat lagi pandai Bro! Mereka lebih pandai menilai.

(Bersambung)

Esok

Debat Guan Eng - Chua Soi Lek

Koh Tsu Koon

Palanivel - Sungai Siput

Non Panjang

Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment