Monday, February 27, 2012

UMNO-BN DIBENCI AHLI UMNO SENDIRI! ANGIN PERUBAHAN SEMAKIN HAMPIR!! (Bahagian II)

Sambungan dari bahagian I

MKB UMNO : Rakyat lagi pandai Bro! Mereka lebih pandai menilai!!

Saya : Yalah Bang! Mereka tahu segala habuan sekarang ditabur untuk pancing undi.

MKB UMNO : Walaupun macam-macam dia bagi, saya rasalah, rakyat tak akan tertipu lagi. You tengok la debat haritu, Guan Eng dengan Chua Soi Lek. Apa Chua Soi Lek cakap? Dia cakap pasal Tol Sungai Dua. Tol Sungai Dua tu bukan kerajaan negeri ada apa-apa kuasa untuk batalkan; itu persekutuan punya. Chua Soi Lek ingat senangka mahu perbodohkan rakyat sekarang. Rakyat pandai lah sekarang.


Saya : Mestilah bang. Dulu, rakyat bergantung pada mainstream media saja. Sekarang media alternatif sudah ada, Malaysiakini. Facebook, Twitter semua ada.

MKB UMNO : Itulah, orang muda dia lebih guna benda-benda ini semua. Diorang kenalah terangkan kepada orang-orang yang lebih tua. Kenapa perlu menukar kerajaan ini. Pergi ke kedai Kopi, cakap politik, cuba terangkan kepada lebih ramai orang. Satu kumpulan satu malam. Macam tu lah kita boleh menaikkan kesedaran.

Saya : Ceramah kelompok?

MKB UMNO : Tahu pun. Ceramah kelompok, cakap kedai kopi lebih efektif daripada ceramah-ceramah besar. Dulu kita di UMNO pun buat begitu juga. Cara tu lebih berkesan. Lah ni, orang muda kena ambil alih kerja tu.

Saya : Hmm... ok

MKB UMNO : Dulu masa saya ada masalah dengan Koh Tsu Koon, ada orang di Bahagian saya sendiri ada panggil saya rasis. Tetapi, setiap malam saya turun ke kedai-kedai mamak, kedai kopi Cina. Terangkan kepada mereka. Apa masalah dengan Koh Tsu Koon ini. Saya bukan marah dengan dia sebab dia Cina. Masalahnya adalah dengan kepimpinan dia. Dia enggan mendengar kepada keluhan rakyat. Saya dalam UMNO pun, kalau bawa masalah kawasan saya kepada dia, tak boleh menyelesaikan masalah. Marah la begitu. Lepas tu, bila dia kalah, dia menyalahkan UMNO pula. Bukanya UMNO Pulau Pinang pun bersih sangat. Tetapi, saya memang kenal dengan perangai dia. Dia tu indecisive orang panggil. Tak boleh ambil keputusan. So, adalah puak-puak dalam UMNO pun bermaharajalela.

Saya : Saya ingat dia takut pada UMNO?

MKB UMNO : Takut...?! Dia tu pelakon hebat! Kalau PM ka, DPM ka datang, dia first to show face. Dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dia erat la. Kalau berdepan dengan orang macam kita, orang biasa, dia tunjuklah dia punya belang sebenar.


Saya : Dulu Samyvellu pun tak suka kat dia.

MKB UMNO : Samyvellu kalah, dia tak mahu jadi Senator, sudah keluar dari Politik. Ini orang? Tak malu lah tu.

Saya : Betul, Betul

MKB UMNO : Sekarang Ketua MIC, apa nama dia.....

Saya : Palanivel.

MKB UMNO : Dia mahu tanding di Sungai Siput. Orang India di sana, kalau undi dia lagi, tak tahulah apa nak cakap. Dulu di Hulu Selangor pun, berapa penggal dia jadi MP, apa dia buat? Tak ada apa! Lagipun, Hulu Selangor banyak orang India yang miskin tahu.

Saya : Sebab tu la dia tak dapat tanding By Election hari tu!

MKB UMNO : Yang haritu menang dengan Zaid tu, apa nama dia, satha....

Saya : Kamalanathan.

MKB UMNO : Ya... Dia menang pun macam mana. Najib pergi tabur berjuta-juta kat sana. Tapi majoriti berapa? lebih dari seribu saja. Itu sebab apa? Sebab MP dulu tak kerja la. Sekarang dia mahu mari sini, Sungai Siput, you ingat dia akan kerja ka?

Saya : Sungai Siput, Tapah, Cameron Highlands, Undi Orang Asli banyak. Sebab tu lah dia nak tanding di mana-mana satu kerusi ini.

MKB UMNO : Orang Asli pun tak mahu kat BN. Dia orang pun sudah kenal perangai pemimpin-pemimpin UMNO. Kali ini, bukan UMNO BN menang la. Lagipun pemimpin UMNO, kebanyakkan ada masalah dia sendiri.


Saya : Macam Muhyiddin vs Najib?

MKB UMNO : Bermula dari cawangan lagi sudah ada masalah dalaman la. Tanya la saya. Saya tahu dia orang punya masalah semua. Yang Non Panjang tu... Tanya la... semua dalam poket saya, yang Musa tu, hmmmm!!

Saya : Abang ada jumpa Anwar tak?

MKB UMNO : Sebab tu la, ada pemimpin tak suka saya. Politik, politiklah.. Tetapi dia tu kawan lama saya. Takkan tak boleh tegur pun. Tak tahulah... Kalau jadikan Anwar macam musuh pun bukanya dapat apa. Diorang tetap tak percaya juga. Dia orang tahu, kita di Penang ni memang penyokong Anwar banyak. Dalam UMNO sekarang pun banyak. Tetapi, tak berani keluar saja, takut hilang kontrak.


Saya : Mesti lah... Anwar mana ada Kontrak mahu bagi.

MKB UMNO : Sebab tu lah, diorang tak suka Anwar. Suka cara Mahathir. Bagi kontrak pada sanak saudara UMNO, bila sudah fail, Kerajaan bail out. Guna duit rakyat, macam duit bapak mereka sendiri.

Saya : Tetapi kali ini, mesti Ubah bang!!

MKB UMNO : Itulah, orang muda macam you ni, mesti kerja lebih kuat lagi! Lebih beri kesedaran kepada mereka yang lebih tua lagi.

Saya : Mesti boleh punya.

MKB UMNO : Ok la dik. Saya ada kerja mahu pergi bank sekejap. Lain kali kita jumpa, kita bincangla panjang lebar lagi ya.

Saya : Boleh bang.

*Demikianlah perbualan saya (dalam dua bahagian) dengan seorang Mantan Ketua Bahagian UMNO Pulau Pinang.

Yang nyata, kota UMNO itu semakin retak makin hari. Pastinya akan hancur pada Pilihanraya yang akan datang ini.

Demi Rakyat!! Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia!!

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment